cupcake comel..!!

...^__^...

LoVeLy..

RESEPI UMI

SERUNDING DAGING ( KELANTAN'S RECIPE)



BAHAN-BAHAN :


5 KILO DAGING
4.5 KILO BAWANG BESAR
500 GRAM BAWANG PUTIH
500 GRAM HALIA
250 GRAM CILI KERING
1 KILO GULA
5 KEPING ASAM GELUGUR
200 GRAM KETUMBAR
5 KILO SANTAN
GARAM SECUKUP RASA




CARA-CARA PENYEDIAAN






Cara:
1. Rebus daging hingga empuk, kemudian disiat. 

2. Masukkan pati santan, kacau dan tunggu sehingga pecah minyak.
3. Masukkan bawang besar,bawang putih yang dimayang.

4. Masukkan halia,cili kering yang telah dikisar.
3. Masukkan gula, garam dan asam keping serta jerang di atas api sederhana.
4. Bila hampir separuh kering, masukkan daging yang telah disiat tadi serta ketumbar yg ditumbuk kasar. Kacau sehingga ia kering.
5. Sejukkan dan simpan.




KUIH DENDERAM

Inilah salah sattu kuih yang digemari masa kecik2 dulu....masa darjah 4 pernah belajar dengan  'mak dua pupu'....seronok...tapi 3 minggu selepas itu dia telah pergi buat selama-lamanya (al fatihah)....sedih rasanya..itu lah kenangan belajar buat denderam yang pertama dan terakhir kot...

Resepi :

1 kg tepung beras (2 peket blended rice flour)
1 kg gula merah
2 1/2 cawan air
1 helai daun pandan (sekiranya ada)

Cara membuat :

Masak gula merah bersama air sehingga mendidih dan tapis. Tuangkan sedikit demi sedikit air gula yang masih panas kedalam tepung beras yang sudah tersedia didalam bekas. Kacau dengan senduk sehingga rata. Sekiranya adunan tersebut kelihatan lembik boleh tambah tepung beras sedikit, jangan banyak sangat. Tetapi selalunya saya tidak tuang semua air gula kedalam tepung. Bergantung kepada keadaan adunan. Simpan semalaman sebelum digoreng. Lagi lama disimpan lagi sedap hasilnya keran tepung beras sudah sebati dengan air gula. Tak perlu disimpan dalam peti sejuk. Saya pernah biarkan sampai 3 hari.....wow!!! Hasilnya lagi sedap.

Sebelum kita mula menggoreng, adunan tadi haruslah diuli dahulu bersama sedikit air (untuk melembutkannya). Kemudian diambil sedikit-sedikit lalu dibulatkan seperti guli. Tekan dengan jari untuk mendapatkan bentuk yang bulat dan leper.

Kemudian dilubangkan pada bahagian tengah dan terus digoreng satu persatu.

Sekiranya anda mahu bentuk yang lebih cantik ambil adunan tadi (sebesar dua biji guli) dan bulatkan. Tekan dengan jari supaya dia membentuk bulat dan leper. Gunakan chopstik untuk membuat bentuk seperti kelopak bunga dan buatkan lubang pada setiap kelopak dan bahagian tengah. Tangan kita mestilah disapu minyak supaya adunan tidak melekat.
Selesai membentuk boleh terus digoreng...tidak perlu masak terlalu lama sebab tepung sudah masak semasa dicampur dengan air gula tadi. Cukup sekadar kulit kuih itu mengembang. Terbalik sekali kuih yang sedang digoreng dan biarkan seminit. Angkat dan toskan minyaknya...sedia untuk dimakan. Hidangkan bersama Teh 'O' panas, sangat serasi sehingga susah untuk berhenti.



*Islam Itu Indah >Islam Itu Damai >Islam Itu Hebat >Islam Itu Agama Kami*