cupcake comel..!!

...^__^...

LoVeLy..

CERITA CERITUT


Assalamualaikum.....Dina terbaca cerita ni di internet....Dina nak kongsi dekat antumna(kamu) semua..◕‿◕


Tajuk : KISAH ANAK DENGAN POHON EPAL

Kisah pohon epal..
“Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.
Masa berlalu…
Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.” Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon apel itu berkata, “
Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.”
Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi            selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.”
Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon apel itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apel itu.”
Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon apel itu dengan nada pilu.”
Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana akusudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat,” jawab lelaki tuaitu.”
Jika begitu, istirahatlah di perduku,” kata pohon apel itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan mereka berdua menangis kegembiraan.
Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bilakita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapakepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.” 



                                                                   THANK YOU SEVEN

HENDAK DIJADIKAN CERITA, ADA SEORANG PEMUDA YANG BARU JE PANDAI BERCAKAP BAHASA INGGERIS. PERKATAAN YANG DIA TAHU PULAK HANYA : OK NEVER MINE ,THANK YOU, ONE, TWO, THREE, FOUR, FIVE, SIX, SEVEN, DAN BYE-BYE.
PADA SUATU HARI, PEMUDA INI BERGEGAS HENDAK KE TEMPAT KERJANYA SEBAB TERLEWAT, SAMBIL MEMBAWA BEBERAPA BARANG. SEDANG ASYIK DIA BERJALAN LAJU, TIBA-TIBA DIA TERLANGGAR SEORANG MAT SALLEH. HABIS JATUH BARANG YANG DI BAWANYA, MAT SALLEH ITU PUN MEMBANTU PEMUDA ITU MENGAMBIL BARANG-BARANG YANG JATUH.

PEMUDA: ( INILAH PELUANGKU UNTUK MENGUJI KEHEBATAN KU BERBAHASA INGGERIS ) KATANYA DALAM                       HATI.

MAT SALLEH: OH, I'M SORRY

PEMUDA: IT'S OK, NEVER MIND. THANK YOU.

MAT SALLEH : THANK YOU TOO.

PEMUDA: (HMM... LEPAS TWO, MESTI THREE)  THANK YOU THREE.

MAT SALLEH : ( HAIRAN )  WHAT FOR?

PEMUDA: ( FOUR.... FOUR HMMM FIVE) THANK YOU FIVE.

MAT SALLEH: ARE YOU SICK?

PEMUDA: ( ALAMAK, LEPAS SIX.. SEVEN ... LEPAS SEVEN AKU TAK TAHU DAH.. MESTI MAU CABUT )  SAMBIL MENGAMBIL BATANG-BARANGNYA.... PEMUDA ITU PUN BERTERIAK DARI JAUH..THANK YOU SEVEEEN!  BYE-BYE.
          











































No comments:

Post a Comment

*Islam Itu Indah >Islam Itu Damai >Islam Itu Hebat >Islam Itu Agama Kami*